Home » Kenyataan Media » Zamri Zainal Abidin Ketua Pegawai Eksekutif baharu YADIM

Zamri Zainal Abidin Ketua Pegawai Eksekutif baharu YADIM

PUTRAJAYA – Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Perdana Menteri, Yang Berusaha Tuan Haji Zamri Zainal Abidin kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YADIM yang baharu.

Lantikan berkuat kuasa 15 Februari 2023 itu adalah bagi menggantikan Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang sebelum ini berkhidmat di badan dakwah ini sejak 2019. Zamri berpengalaman dalam pentadbiran awam hasil khidmat beliau di beberapa agensi sebelum ini.

Sebelum dilantik sebagai Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Perdana Menteri, beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Kanan kepada Exco Agama Islam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Lulusan Universiti Al Azhar ini juga pernah menjadi Pegawai Khas Hal Ehwal Islam kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan sebelum itu, Penerbit Rancangan Kanan Radio Ikim.FM di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Pengalaman beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan usaha dakwah diyakini akan dapat memacu YADIM selaku agensi peneraju gerakan dakwah untuk terus menyebar luas rahmah Islam selaras dengan hasrat Malaysia Madani sebagai langkah mengangkat martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *