Home » Citra Yadim » Motivasi Keibubapaan di SK Kelar
a

Motivasi Keibubapaan di SK Kelar

PASIR MAS – Jalan Dakwah YADIM Kelantan bukanlah berfokus kepada ceramah agama semata mata.

Bidang pendidikan juga dititik beratkan sebagai salah satu usaha melestari gerakan dakwah di negeri tersebut.

Bagi mencapai hasrat berkenaan, dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK)  Kelar dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas  di sini, telah diadakan program YADIM Kolaboratif: Motivasi Keibubapaan pada 14 Februari.

Seramai 190 ibubapa hadir ke program yang diadakan di Dewan Muafakat sekolah tersebut.

Pengisian utama program ialah ceramah keibubapaan daripada Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Kelar, Puan Noor Zaini Ahmad, yang turut menyampaikan ucapan aluan. Turut hadir, Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, Encik Wan Roslee Wan Abdul Aziz. Selesai program ibubapa kemudiannya  menerima laporan pentaksiran di bilik darjah anak masing-masing.

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *