Home » Citra Yadim » Ziarah dan sumbangan YADIM kepada Community Aids Service Penang

Ziarah dan sumbangan YADIM kepada Community Aids Service Penang

BUKIT MERTAJAM – Community Aids Service Penang (CASP) merupakan sebuah rumah perlindungan yang menempatkan pesakit AIDS yang memerlukan bantuan di sini.

Prihatin dengan usaha ini yang memerlukan sokongan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 26 Ogos tampil menghulurkan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada rumah ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan yang mengetuai lawatan ke rumah tersebut.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Penyelaras YADIM Pulau Pinang Mohd Afifi Ruslan.

Ketika kunjungan, delegasi YADIM diberikan taklimat mengenai gerak kerja CASP oleh Setiausaha Agungnya, M. Santharamohana dan penolongnya, B. Kuganeshwary.

Ustaz Nasrudin turut meluangkan masa menziarahi pesakit yang ditempatkan di rumah perlindungan ini dan memberikan kata kata semangat buat mereka.

CASP merupakan satu satunya rumah perlindungan HIV dan AIDS di bahagian utara Semenanjung Malaysia yang menempatkan pesakit tanpa mengira latar belakang secara percuma.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *