Home » Citra Yadim » Ziarah Kasih di Kampung Karanaan

Ziarah Kasih di Kampung Karanaan

RANAU – Tinggi-tinggi gunung Kinabalu, tinggi lagi hasrat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam dakwah.

Menyahut seruan dakwah yang kini perlu dilakukan secara kreatif dan pelbagai, YADIM Sabah telah dan akan meneruskan Program YADIM Peduli: Ziarah Kasih samada di kawasan bandar mahupun kawasan pedalaman negeri ini.

Siri terbaharu program ini ialah di Kampung Karanaan di sini.

Bermula 4 hingga 6 September, program ini diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat,Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Rakan Siswa YADIM.

Selain pengisian dakwah secara konvensional, program ini juga dipenuhi dengan pelbagai acara lain seperti mendaki, malam kesenian Islam, pemeriksaan kesihatan, perlawanan bola tampar dan sepak takraw, perkongsian ilmu kebombaan, taklimat keselamatan, pertandingan mewarna untuk kanak kanak, diskusi isu kebajikan dan majlis kenduri kampung.

Timbalan Pengarah PERKESO Sabah, Salwati Abd Karim hadir sama ke program ini, manakala mewakili YADIM pada program ini ialah Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki, Penolong Pengarah Operasi, Ramlee Daud serta beberapa orang kakitangan serta Daie YADIM Sabah.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Ridzuan Jahamin dan Pengerusi Masjid Karanaan Rabinin Lamin juga sama terlibat dalam program ini.

Sementara itu dalam program ini juga, seramai 30 keluarga asnaf menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Sabah.

YADIM Sabah merancang mengadakan lebih banyak program seperti ini pada masa akan datang.

Sebelum ini juga, telah diadakan beberapa program dakwah di luar kotak oleh YADIM Sabah seperti pembersihan pantai serta menyantuni pemandu dan penumpang bas serta teksi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *