Home » Citra Yadim » Ziarah mangsa kebakaran di Bunut Susu.

Ziarah mangsa kebakaran di Bunut Susu.

PASIR MAS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus prihatin dengan nasib golongan kurang bernasib baik di negeri ini, terutamanya yang ditimpa musibah.

Bertempat di Kampung Paya Ular, Bechah Semak, Tendong di sini, sebuah keluarga yang kehilangan tempat berteduh mereka akibat kebakaran telah disantuni YADIM Kelantan pada 14 Januari.

Sebagai membantu meringankan beban, keluarga mangsa menerima sumbangan wang tunai daripada badan dakwah ini.

Hadir mewakili YADIM ialah Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kussuma Mamat kakitangannya Muhamad Rozimi Awang.

Turut serta ialah Rostam Ab Sattar, pemimpin masyarakat di kawasan ini yang menyumbangkan katil bagi kegunaan keluarga mangsa.

Dalam satu kejadian dipercayai akibat litar pintas pada kira kira jam 6.30 petang 25 Disember lalu, kediaman Mohd Faizun Nawawi musnah sama sekali, mengakibatkan mereka lima sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dan isterinya keluar membeli makanan sebelum singgah di rumah saudaranya yang tinggal berhampiran.

Kejadian itu juga mengakibatkan bapa mertuanya yang diserang angin ahmar cedera dalam kebakaran, namun berjaya diselamatkan penduduk kampung ketika kejadian.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *