Home » Citra Yadim » Ziarah Prihatin YADIM Perlis

Ziarah Prihatin YADIM Perlis

ARAU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis turut tidak ketinggalan dalam usaha menyantuni golongan yang menerima kesan akibat Covid-19 di negeri ini.

Program penyaluran bantuan tetap dilaksanakan mereka, walaupun kini negara sudah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Bertempat di sekitar bandar ini pada 17 Jun lalu, YADIM Perlis dengan kerjasama pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga yang dikenalpasti memerlukan bantuan.

Kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Turut disampaikan kepada sebuah keluarga tiga beradik Orang Kelainan Upaya penglihatan ialah Pen Digital Al Quran bagi membantu mereka membaca kitab suci tersebut.

Mewakili YADIM Perlis ialah Pengarahnya, Zuhri Husain. Badan dakwah ini telah merancang beberapa lagi program menyantuni masyarakat seperti ini untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *