Home » Citra Yadim » Ziarah Ramadan : Usaha mendekati masyarakat

Ziarah Ramadan : Usaha mendekati masyarakat

KOTA KINABALU : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah meneruskan usaha mendekati masyarakat dari pelbagai lapisan dalam usaha menyampaikan dakwah secara efektif, kata Pengarahnya, Samin Ongki.

Beliau berkata, YADIM Zon Sabah berusaha mendekati masyarakat dari pelbagai lapisan menggunakan pelbagai kaedah termasuk dengan mengadakan program ziarah ke kampung-kampung untuk mengadakan program dan beramah-mesra dengan para penduduk.

“Kaedah ini dapat mendekatkan YADIM Sabah dengan masyarakat di sini dan secara tidak langsung memudahkan usaha dakwah diadakan,’’ katanya pada program Ziarah Ramadan ke Kampung Bantayan, Tamparuli, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, dalam setiap program yang diadakan, YADIM Sabah tidak bergerak sendirian sebaliknya akan turut melibatkan pelbagai pihak sama ada pertubuhan, agensi kerajaan, pihak swasta serta penduduk kampung sendiri.

Menurutnya dalam program yang diadakan Kampung Bantayan, YADIM Sabah bekerjasama dengan Pertubuhan Dusun Islam Sabah ( PDIS) dan hal ini dapat memastikan kelancaran program yang diadakan.

“YADIM tidak mahu melaksanakan program dakwah secara sendirian, sebaliknya YADIM mahukan semua badan atau agensi lain sama-sama bekerjasama dalam pelaksanaan sebarang program dan ini tentunya akan mengeratkan perpaduan dan memberikan kesan lebih besar,’’ katanya.

Sementara itu, dalam program yang diadakan di Kampung Bantayan, YADIM Sabah diwakili oleh Pegawai Dakwah YADIM daerah Tamparuli, Ustazah Anissah Kifli sementara yang turut hadir termasuk Presiden PDIS, Datuk Dr. Jonathan Kandok, timbalannya yang juga Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Alijus Sipil.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *