Home » Citra Yadim » Ziarah Sinar Syawal : Musa’adah Covid – 19 di Port Dickson

Ziarah Sinar Syawal : Musa’adah Covid – 19 di Port Dickson

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama beberapa lagi badan akan bekerjasama menjayakan program Ziarah Sinar Syawal: Musa’adah Covid-19 di Port Dickson pada 20 Mei ini.

Program ini mempunyai objektif untk menyantuni golongan sasaran yang dikenalpasti terjejas akibat musibah Covid-19, dengan menyampaikan sedikit sumbangan bagi membantu mereka menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Badan dakwah ini antaranya akan bekerjasama dengan My FundAction Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM), Pasukan Sukarelawan Al Rahmah Kelab Sains dan Inovasi Daerah Port Dickson (KSIPD) serta Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson.

Antara kenamaan yang dijadual hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Tuan Haji Shahnon Mohamad, Ketua Unit Operasi Lapangan MyFundAction, Shahidah Haji Othman, Pegawai Operasi MyFundAction, Mohammad Zamri Mat Nawi dan Pengerusi Sukarelawan Ar Rahmah KSI PD, Khairul Nizam Khairuddin.

Program sumbangan kepada asnaf akan diadakan di Dataran Sekolah Menengah Raja Jumaat di Port Dickson, sebelum program diteruskan dengan acara agihan di Taman Politeknik Pasir Panjang.

Selain penyampaian sumbangan, pejabat Penerangan Port Dickson juga akan mengadakan sesi agihan bubur lambuk kepada orang ramai.

Pengisian lain program ialah penerangan tentang Covid-19 dan bantuan prihatin rakyat oleh Pejabat Penerangan Port Dickson.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *