Home » Citra Yadim » Bahagian Muamalah YADIM giat sebarkan maklumat

Bahagian Muamalah YADIM giat sebarkan maklumat

PUTRAJAYA 20 Mac – Bahagian Muamalah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan empat program sepanjang Mac ini iaitu program Kembara Muamalah Masjid bersama Felda, Sembang Muamalah, Kembara Muamalah bersama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Muamalah Milenia.

Pengurus Eksekutif Bahagian Muamalah, Zam Zarizal Mad Ariffin berkata, program-program yang diadakan itu adalah bagi menyebarkan maklumat mengenai muamalah Islam kepada orang ramai yang mungkin tidak memahami dengan mendalam mengenai konsep muamalah Islam.

“Usaha memberikan penerangan ini dipergiatkan lagi memandangkan masih ramai yang memerlukan maklumat yang betul mengenai muamalah Islam dan seterusnya menggunakan pelbagai instrument kewangan Islam yang sudah ada di negara ini,’’ katanya.

Beliau berkata, program pertama iaitu Kembara Muamalah Masjid bersama Felda akan diadakan di Felda Batu 8, Guar Napai, Changlun, Kedah pada 22 Mac melibatkan penceramah dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhamad Noor Habibi Long.

Menurutnya, manakala, program kedua iaitu Kembara Muamalah Masjid bersama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan akan diadakan pada 24 Mac dengan ceramah bakal disampaikan oleh Ustaz Wan Nazman Wan Mahmood dari Takaful Ikhlas.

“Program ini akan dihadiri oleh pelbagai pihak termasuk pelajar tahfiz, matrikulasi, Sahabat YADIM, penduduk setempat, kakitangan kerajaan dan lain-lain lagi,’’ katanya.

Beliau berkata, Sembang Muamalah peringkat Negeri Sembilan pula akan diadakan pada 24 Mac ini bertempat di Dewan Theatrette, Wisma Negeri Sembilan dengan dijangka dihadiri oleh kakitangan kerajaan, guru, imam, ketua-ketua jabatan dan penduduk setempat.

Menurutnya, program berkenaan akan menampilkan dua figura terkenal dalam bidang muamalah Islam iaitu Hajah Rohani Datuk Shahir dan Razli Ramli.

“Manakala, program terakhir iaitu Muamalah Millenia yang turut menampilkan Hajah Rohani akan diadakan pada 29 Mac di Kolej Vakasional Muadzam Shah melibatkan para pelajar dan pensyarah di kolej berkenaan,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *