Home » Langit Terbuka » Tanah runtuh di Nepal

Tanah runtuh di Nepal

sumber
KATHMANDU – NEPAL- Sekurang-kurangnya 28 orang maut dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di dua buah kampung di ibu negara Nepal, semalam.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Laxmi Dhakal berkata, kejadian tanah runtuh itu berlaku di kampung berhampiran bandar Pokhara, kira-kira 125 kilometer di barat Kathmandu selepas tengah malam.
“Sebanyak 22 rumah musnah. Usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dan pasukan penyelamat khuatir lebih ramai penduduk telah dihempap tanah runtuh,” katanya.
Difahamkan, helikopter tentera dikerah ke tempat kejadian untuk usaha menyelamat. Namun, usaha membantu melalui jalan darat terganggu susulan tanah runtuh yang menghalang laluan jalan raya.
Dua gempa bumi kuat yang menggegarkan Nepal sejak April lalu, dipercayai membuatkan cerun di kawasan pergunungan di seluruh negara tidak stabil, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh pada musim hujan. – AFP

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *