Home » Citra Yadim » UMMAH: Kebangkitan kuasa ketiga Islam

UMMAH: Kebangkitan kuasa ketiga Islam

PUTRAJAYA 26 Julai  – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang menghimpunkan lebih daripada 100 NGO Melayu dan Islam mengadakan pertemuan strategik pagi tadi di ibu pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 20 Julai lalu.

Dipengerusikan oleh Hj Aminudin Yahya, beliau menyatakan bahawa gabungan ini diperkemaskan dan diperkasakan bagi tujuan menghadapi pelbagai perkara yang pada ketika ini sedang dengan rancak menggasak kedaulatan Islam dalam negara.

Barisan pimpinan NGO dan aktivis UMMAH dengan lima teras utama, UMMAH memberi fokus kepada menyatupadukan umat Islam, mengukuhkan kedaulatan Islam dalam Perkara 3(1), 11(4), 12(2), 37, dominasi dan kekuatan umat Islam di dalam politik, penerapan nilai-nilai Islam dalam negara dan memperjuangkan institusi-institusi Islam negara.

Ketika ditanya, apakah yang membezakan antara UMMAH dan gabungan-gabungan NGO Islam terdahulu, Timbalan Pengerusi UMMAH, Hj Kamaruzzaman menjelaskan bahawa UMMAH lebih tersusun dan digerakkan secara bersinergi dan mempunyai fokus dan matlamat yang ingin dicapai.

UMMAH mengumpulkan para strategis, penggerak dan NGO yang terlibat secara praktikal di dalam isu-isu yang membelenggu umat Islam.

Menjawab soalan tentang harapan dan elemen semak dan imbang bagi memastikan tuntutan-tuntutan UMMAH diambil peduli oleh pemerintah dan gerakan politik Malaysia, Pengerusi UMMAH menjelaskan bahawa semua faktor tersebut sudah diambilkira dan akan dijalankan bagi mencapai matlamat tersebut.

Sementara itu Pengerusi UMMAH juga menegaskan bahawa UMMAH akan sentiasa bertindak dalam kerangka yang menghormati hak berperlembagaan semua rakyat Malaysia, Islam dan bukan Islam.- www.menara.my

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *