Home » Citra Yadim » 1 tan makanan untuk penghuni Zoo Melaka

1 tan makanan untuk penghuni Zoo Melaka

AYER KEROH – Bukan sahaja orang ramai yang terkesan dengan penularan Covid-19 di negara ini, malah ia juga melibatkan haiwan di zoo seluruh negara.

Prihatin dan berfikiran kreatif, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka pada 2 Julai menyantuni kakitangan dan haiwan di Zoo Melaka menerusi program Musaadah YADIM 3.0 Negeri Melaka.

Seramai 30 kakitangan zoo berkenaan disantuni menerusi penyampaian kit Musaádah YADIM yang disampaikan Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim.

YADIM Melaka juga menyumbangkan makanan bernilai RM2,000 kepada haiwan di zoo ini.  Ia termasuklah sayuran dan buah buahan seperti tebu, jambu, timun dan sebagainya seberat 1 tan.

Hadir sama ke acara ringkas penyerahan ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Datuk Shadan Haji Othman, Pengarah Zoo Melaka Zanariah Khamis dan Ketua Operasi Zoo Melaka, Azman Ghazali.

Sukarelawan YADIM Tanjung Dahan seramai lima orang turut hadir membantu dalam acara ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *