Home » Citra Yadim » 100 bakul makanan untuk penduduk Pulau Mantanani

100 bakul makanan untuk penduduk Pulau Mantanani

KOTA BELUD – Sebanyak 100 bantuan bakul makanan sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah diagihkan kepada penduduk Pulau Mantanani menerusi Program Ziarah Prihatin Pulau Mantanani,  Kota Belud, pada 9 April.

Penerima bantuan ini terdiri daripada golongan asnaf,  ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya.

Program ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Angkatan Tenterab Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang turut membantu dari aspek logistik untuk menhantar bantuan bakul makanan.

Ziarah Prihatin Pulau Mantanani Kota Belud ini turut diisi dengan pelbagai program bermanfaat bersama penduduk kampung seperti ramah mesra bersama masyarakat,  program bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, pertandingan mewarna dan kuliah agama dikelolakan daie YADIM.

Ia telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pintasan,  Fairuz Renddan. YADIM Sabah diwakili pengarahnya, Haji Samin Ongki. Hadir sama ialah Panglima Lima Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Halim Khalid.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *