Home » Citra Yadim » Musaádah Covid-19 Derga

Musaádah Covid-19 Derga

POKOK SENA – Maahad Tahfiz Derga dalam parlimen ini menjadi lokasi terbaharu program Musaádah Covid-19 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.

Seramai 40 orang penerima yang terdiri dari warga emas, asnaf dan golongan B40 telah menerima sumbangan kit musaadah, penutup separuh muka dan cecair pencuci tangan dari YADIM Kedah pada 9 April.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Telekomunikasi dan Multimedia serta Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Yang Berhormat Wan Romaini Wan Salim telah hadir menyempurnakan majlis ini.

Turun padang mewakili YADIM Kedah ialah Pengarahnya, Ustaz Mohd Aizat Zakaria selain Mudir Maahad Tahfiz Derga, Ustaz Yahya Saad dan Pengerusi Skuad Prihatin Kedah, Ustaz Maazallah.

Dalam program ini juga, YADIM Kedah turut bersama dalam ziarah prihatin melawat dua keluarga warga emas yang uzur.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *