Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 di Dungun

Musa’adah Covid-19 di Dungun

RANTAU ABANG – Usaha menyantuni golongan memerlukan di negeri ini, diteruskan lagi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke daerah Dungun pula.

Pada 27 Februari, seramai 50 keluarga disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian.

Mereka yang disantuni adalah terdiri daripada golongan B40, warga emas, asnaf, pesakit kronik dan ibu tunggal.

Hadir sama ke program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Yang Berhormat Cikgu Alias Harun merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu. Mewakili YADIM ialah Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saiadin.

Lokasi yang disantuni kali ini ialah Kampung Che Lijah, Kampung Serdang, Kampung Burung Baru, KampunggDelong  dan Kampung Padang Pulut.

Program ini mendapat kerjasama Pusat Khidmat ADUN Rantau Abang, Kelab Skuad Ihsan Rakyat Terengganu serta  Sukarelawan YADIM Rantau Abang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *