Musaádah YADIM Melaka di Alor Gajah

LUBUK REDAN – Seramai 150 penduduk di daerah ini menerima manfaat menerusi program Musaádah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di sini pada 27 Februari. Program yang mensasarkan golongan B40 dan OKU itu diadakan dengan kerjasama Masjid Al Anshariah Kampung Lubok Redan, Sukarelawan YADIM, Persatuan Alumni Politeknik Melaka serta Jawatankuasa Masyarakat Kampung Lubok Redan. Hadir sama ke […]

100 pek Nasi Arab Kambing buat penghuni Baiturrahmah dan Orang Awam

KUCHING – Seperti biasa pada setiap minggu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dan Sukarelawan YADIM melaksanakan Program Kongsi Rezeki dan pada 27 februari, ia mensasarkan pelajar daripada anak-anak saudara kita dan orang awam. Sedikit kelainan pada kali ini apabila salah seorang ahli sukarelawan YADIM Kuching berhajat untuk melaksanakan ibadah Aqiqah untuk anak beliau dengan […]

Musa’adah Covid-19 di Dungun

RANTAU ABANG – Usaha menyantuni golongan memerlukan di negeri ini, diteruskan lagi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke daerah Dungun pula. Pada 27 Februari, seramai 50 keluarga disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Mereka yang disantuni adalah terdiri daripada golongan B40, warga emas, asnaf, pesakit kronik dan ibu tunggal. Hadir sama ke program ini […]

Sumbangan barangan keperluan harian untuk 3 beradik buta

ARAU – Hidup tanpa nikmat penglihatan merupakan satu ujian yang cukup besar. Lebih besar lagi cabarannya kerana yang diuji itu ialah warga emas. Namun itulah yang dihadapi oleh tiga beradik di Kampung Titi Besi di sini. Mereka tinggal bertiga di sebuah rumah di sini, dalam keadaan yang cukup sukar dibayangkan oleh kita. Pun begitu, mereka […]

Sumbangan untuk peniaga Pengusaha Bas Sekolah Peniaga Pekan Nat Negeri Perlis

CHUPING – Selesai menyantuni nelayan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bertemu pula dengan para pengusaha bas sekolah di negeri ini pada 27 Februari. Prihatin dengan nasib mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19, YADIM menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada mereka. Sebanyak 20 set barangan keperluan harian diserahkan kepada mereka dalam satu majlis ringkas di sini. […]

Musaadah YADIM Melaka di Jasin

JASIN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka turut tidak ketinggalan dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan di negeri ini. Bertempat di daerah ini pada 27 Februari, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka, Sukarelawan YADIM dan Jawatankuasa Penduduk Kampung Rim, Kampung Bemban, Kampung Terentang dan Kampung Chohong di sini , seramai 100 keluarga dari kalangan B40, […]

Program Back to School YADIM di Perak

BATU KURAU – Selepas Kuala Langat, Selangor dan Gambang, Pahang, program menyantuni golongan memerlukan sempena pembukaan sekolah, Back To School YADIM diadakan pula di sini. Bertempat di Sekolah Kebangsaan  Kampung Perak, sebanyak 50 beg sekolah diagihkan bagi menyantuni pelajar yang memerlukan di sini. Turut disampaikan ialah 10 set penjagaan kebersihan kepada pengawal bertugas di pondok […]

Sedia anjur lebih banyak program dengan bukan Muslim

GAMBANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sedia menganjurkan lebih banyak program dengan komuniti bukan Muslim di negara ini bagi menunjukkan toleransi Islam dan menjelaskan pelbagai salah faham mengenainya. Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan menjelaskan, ia bukan bermaksud mendesak orang ramai menerima Islam, sebaliknya bertujuan  membuktikan tohmahan Islam sebagai agama yang ekstrem […]

YADIM Kelantan Santuni Pemandu Bas Ekspress Dan Bas Persiaran

KOTA BHARU – Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan akibat penularan Covid-19 menyukarkan kehidupan semua. Dengan pergerakan orang ramai yang terhad, sudah tentu memberikan kesulitan kepada penyedia perkhidmatan pengangkutan. Cakna dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 27 Februari telah menyantuni 98 orang pemandu bas ekspress dan bas persiaran yang terjejas pendapatan akibat […]

Santuni warga emas di Labohan Dagang

LABOHAN DAGANG – Empat warga emas di kawasan ini menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang  tunai daripada Sukarelawan Yayasan dDakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat pada 27 Februari. Mereka yang disantuni terdiri daripada pesakit kronik dan warga emas di kampung ini. Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Kuala Langat, Hasmawi Mahidin serta ahli […]