Home » Uncategorized » Penduduk Flat Jenaris terima sumbangan YADIM Kedah

Penduduk Flat Jenaris terima sumbangan YADIM Kedah

TIKAM BATU – Flat Jenaris di sini merupakan lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.

Seramai 30 keluarga disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian untuk meringankan beban ditanggung oleh mereka.

Inisiatif ini bertujuan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan di flat berkenaan.

Kebanyakan penerima bantuan terdiri daripada pesakit kronik, kehilangan punca pendapatan dan lain lain lagi yang memerlukan.

Selain penduduk flat, penduduk Taman Seri Jenaris tidak jauh lokasi program ini juga turut menerima sumbangan YADIM Kedah.

Hadir ke program ini ialah Pengerusi Rukun Tetangga Taman Seri Jenaris, Mohd Zaini Mohd Ariffin dan Pengerusi SAY Sungai Petani, Basor Harun.

Seramai 8 orang sukarelawan YADIM Sungai Petani turut sama membantu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *