Home » Citra Yadim » 20 terima manfaat program YADIM Terengganu – Bank Islam

20 terima manfaat program YADIM Terengganu – Bank Islam

DUNGUN – Seramai 20 asnaf di daerah ini menerima manfaat menerusi program Ziarah Kasih Perpaduan yang diadakan pada 24 dan 25 Disember di sini.

Kerjasama antara komuniti Kawasan Rukun Tetangga, Yayasan Dakwah Islmiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan Bank Islam ini menyantuni penduduk di 14 lokasi di sini, antaranya Kampung Rhu Batil, Kampung Baru Kuala Abang, Kampung Balik Bukit dan Kampung Teluk Bidara.

Mensasarkan pesakit kronik sebagai penerima sumbangan, program ini merupakan sebahagian siri kerjasama antara YADIM dan Bank Islam yang menyantuni golongan yang memerlukan di seluruh negara.

Sebelum ini, program yang sama diadakan di Sabah, Melaka, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Pada majlis ini YADIM Terengganu diwakili oleh pegawainya, Nor Mazila Mohd Zin dan lain lain kakitangan manakala Pejabat Perpaduan Dungun oleh Penolong Pengarahnya, Puan Tengku Mazilawati Tengku Muhamad dan kakitangannya.

 

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *