Tahsin Ibadah Sembelihan untuk belia Bandar Baharu

KULIM – Penyampaian dakwah bukan semata mata dengan mengajak masyarakat kea rah kebaikan, namun sebaiknya ia juga diisi dengan ilmu sebagai panduan hidup.

Langkah inilah yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam melestari gerakan dakwah.

Sesuai dengan itu, YADIM Kedah pada 26 Disember telah mengadakan program YADIM Interatif- Tahsin Ibadah Sembelihan sempena Bulan Dakwah 2.0 kepada ahli belia dan penduduk sekitar Bandar Baharu, Kulim, Kedah di sini.

Ia bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada mereka mengenai kaedah menyembelih yang betul dan menurut syarak.

Pegawai YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohamad selaku penyelaras dan penceramah program telah memulakan program dengan sesi teori kepada lebih 35 peserta.

Antara yang disentuh ialah syarat syarat sembelihan, hikmah serta langkah langkah yang betul untuk melaksanakan ibadah sembelihan, petua-petua dan juga soal jawab bersama peserta kursus.

Selesai sesi teori, Ustaz Azmi memulakan sesi praktikal dengan menunjukkan kaedah yang betul melaksanakan sembelihan kepada peserta kursus.

Ayam dalam program ini merupakan sumbangan wakil wakil komuniti di sini.

Hadir sama dalam program ini ialah Pegawai Belia dan Sukan Bandar Baharu Kulim, Shamsul Qamar Samsudin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Ramli Sani dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Permatang Pasir, Nasir Badri dan wakil wakil komuniti Kulim.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *