Home » Citra Yadim » 200 bakul makanan untuk pemandu pelancong Taman Negara

200 bakul makanan untuk pemandu pelancong Taman Negara

KUALA TAHAN – Pelancongan merupakan antara industri yang paling teruk terjejas akibat Covid-19.

Sehingga kini, begitu sedikit aktiviti dalam sektor ini yang dibuka menyebabkan para pekerjanya sangat terkesan dengan keadaan ini.

Para pemandu pelancong di Taman Negara di sini, adalah antara mereka yang termasuk dalam golongan ini.

Prihatin dengan keadaan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dengan kerjasama
Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tahan telah menyampaikan 200 set bakul makanan kepada mereka pada 20 Jun.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Yang Berhormat Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin kepada wakil Persatuan Pemandu Pelancong Dan Pemandu Bot Taman Negara Kuala Tahan, Roslan Abu Kassim untuk diagihkan kepada ahli persatuan.

100 pek bakul makanan adalah sumbangan YADIM Pahang dan 100 pek lagi merupakan sumbangan dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tahan sendiri.

Program ini turut dijayakan dengan kerjasama Pasukan Sukarelawan YADIM Jerantut.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *