Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak bantu penduduk Kampung Penan

YADIM Sarawak bantu penduduk Kampung Penan

KUCHING 1 Ogos – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak bersama badan bukan kerajaan ( NGO) Islam telah mengadakan Program Bantuan Perubatan dan Majlis Ramah Mesra Raya pada 29 dan 30 Julai lalu bertempat di Kampung Penan Muslim, Bintulu.

Pengurus Eksekutif YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, program ini telah melibatkan banyak pihak termasuk NGO Islam antaranya termasuk I-Medic Isma dan Yayasan Ikhlas serta penduduk kampung berkenaan.

Beliau berkata, program berkenaan telah diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk pemeriksaan Kesihatan percuma, acara sukaneka, aktiviti gotong-royong, naziran prestasi pembelajaran saudara kita dan sambutan majlis ramah mesra raya untuk saudara kita di Bintulu.

“Program ini diadakan bagi meraikan Hari Raya bersama golongan saudara kita serta dalam masa yang sama membantu mereka terutama dari segi penjagaan kesihatan yang mungkin memerlukan bantuan dan bimbingan,’’ katanya.

Pada keseluruhannya, katanya, program berkenaan telah dapat membantu para penduduk untuk menjaga kesihatan mereka dan dalam masa yang sama mendekati mereka bagi mengetahui permasalahan yang timbul selepas mereka memluk Islam.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *