Home » Citra Yadim » Sesi Taklimat Perkembangan Gerak Kerja Persediaan NGI-UPR MalaYSIA

Sesi Taklimat Perkembangan Gerak Kerja Persediaan NGI-UPR MalaYSIA

PUTRAJAYA 1 Ogos – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan Sesi Taklimat Perkembangan Gerak Kerja Persediaan NGI-UPR Malaysia 2018 pada 4 Ogos ini bertempat di Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Putrajaya.

Eksekutif Kanan MAIM, Ahmad Shukri Abdul Majid berkata, program itu adalah anjuran bersama Kumpulan Kerja Gabungan NGI Bagi UPR Malaysia 2018b dengan kerjasama Kluster Hak Asasi Manusia dan Undang-undang MAIM.

“Pihak penganjur menjemput pertubuhan Islam bukan kerajaan Islam (NGI) untuk turut serta dalam program ini dan untuk penyertaan peserta perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu,’’ katanya.

Beliau berkata, sesi ini akan menyentuh dua perkara iaitu `analisis pasca sesi konsultansi bersama Wisma Putra (Kluster 4 dan 5)’ dan `perbincangan bagi persediaan isu-isu hak-hak sivil dan politik’.

Menurutnya, sesiapa yang berminat untuk mendaftar boleh menghubungi talian 03-88617707 atau emel  kepada azril@centhra.org.

Program bakal berlangsung bermula pukul 3.00 petang sehingga – 5.00 petang, bertempat di Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) atau alamat penuhnya di Suite 1.1A Ground Level, Block A, Chancery Place, Presint Diplomatik, Jalan Diplomatik 2/2, 62050 Putrajaya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *