Home » Citra Yadim » YADIM Utara anjur jelajah dekati masyarakat

YADIM Utara anjur jelajah dekati masyarakat

SUNGAI PETANI 3 Ogos – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) telah menganjurkan program Jelajah YADIM Bersama Masyarakat di daerah Baling, Kedah pada 28 dan 29 lalu.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, dalam program itu pelbagai aktiviti telah diadaan termasuk pertandingan futsal patuh syariah, pelancaran pasukan Sukarelawan Al-Falah, forum perdana, motivasi keibubapaan, ziarah kasih ke rumah Orang Asli dan pelbagai pertandingan melibatkan kanak-kanak.

Beliau berkata, antara lain program ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan dakwah dalam dalam bentuk santai, menarik minat golongan belia dan masyarakat kepada program-program berunsurkan keagamaan dan dekat kepada institusi masjid serta mendekatkan YADIM dengan masyarakat awam.

“Program ini dimulakan dengan pertandingan futsal patuh syariah ataupun I-Futsal yang diadakan di gelanggang futsal Kompleks Belia dan Sukan Baling dan mendapat kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah, ‘’ katanya.

Beliau berkata, program seterusnya adalah pelancaran pasukan Sukarelawan Al-Falah yang berlangsung di Kampung Bok Bak, Baling, Kedah yang merupakan komuniti yang sering memberi kerjasama kepada setiap program YADIM yang berlangsung di Baling.

“Pada sebelah malam, program bersambung di perkarangan Surau An-Nur, Kupang, Baling, Kedah dengan Forum Perdana yang menampilkan tiga orang ikon dakwah di Malaysia iaitu Pencetus Ummah (P.U) Yeop, Ustaz Aqli dan Syeikh Hazizan Mat Desa,’’ katanya.

Beliau menjelaskan, pada hari berikutnya, dua program berlangsung, bermula dengan program Ziarah Kasih di perkampungan orang asli (KOA) Legong, Baling, Kedah dilaksanakan. Katnaya, program mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Daerah dan Tanah Baling, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pengakap Daerah Baling, dan Pejabat Kesihatan Daerah Baling.

“Antara pengisian program ini ialah Pertandingan mewarna, Sukaneka kanak-kanak, Solekan Muslimah, Pemeriksaan kesihatan percuma, Free Market, tazkirah santai, dan Cabutan bertuah,’’ katanya.

Dalam majlis itu, katanya, Pengurus Besar Operasi YADIM, Redhauddin Kamarulzaman telah menyampaikan sumbangan kepada wakil ketua keluarga yang berupa barangan asasi dan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *