Salam Israk & Mikraj

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), YBrs Al-Fadhil Ustaz Nik Omar Bin Nik Ab Aziz, dan seluruh warganya mengucapkan selamat menyambut Israk & Mikraj kepada umat Islam di Malaysia. Semoga kita semua mengingati dan mengambil iktibar daripada peristiwa bersejarah tersebut.

MED tumpu bangun sumber bahan utama halal

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) kini menumpukan usaha membangunkan sumber bahan utama dalam penghasilan produk halal bagi merangsang perkembangan industri halal di Malaysia. Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusuf berkata, inisiatif tersebut juga mampu mempelbagaikan penghasilan produk halal terutamanya dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera. “Antara inisiatif diusahakan kementerian ini adalah […]

Cuci Cuci di Surau Saidina Abu Bakar, Lukut

PORT DICKSON – Bahagian Khidmat Komuniti & Masyarakat (BKKM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan siri khidmat Cuci Cucinya ke Surau Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A Taman D’Ambang Kota, Lukut di sini. Ianya mendapat kerjasama daripada Sukarelawan Ar Rahmah Negeri Sembilan dengan diselaraskan oleh En Khairul Nizam Khairudin, selain disertai pelajar Jurusan Kejuruteraan Awam […]

100 asnaf jadi usahawan tahun ini

KUALA LUMPUR – SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyasarkan untuk mewujudkan 100 usahawan asnaf tahun ini hasil kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata kerjasama di antara kedua-dua pihak ini julung kali diadakan bagi melaksanakan Program Tunas Usahawan Baitumal. Katanya matlamat utama […]

Belum tiba masa umum hibah TH

KUALA LUMPUR – Bayaran hibah bagi tahun kewangan 2018 kepada pendeposit Tabung Haji (TH) akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata pihaknya akan memastikan imbangan aset dan tabungan diselesaikan terlebih dahulu sebelum hibah diisytiharkan. Ini kerana, katanya, hibah sebelum ini menyalahi undang-undang mengikut Akta Lembaga […]

Malaysia kutuk tindakan Israel ke atas peserta ‘Great March of return’

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk tindakan Israel menggunakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan semasa menyertai perhimpunan sempena ulang tahun pertama “Great March of Return” pada 30 Mac. Kementerian Luar dalam  satu kenyataan berkata, penggunaan kekerasan secara berterusan oleh Israel ke atas penunjuk perasaan rakyat Palestin yang tidak bersenjata […]

Sultan Mizan bimbang

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa bimbang dengan tindakan pihak tertentu yang berani menyentuh kesucian agama Islam di samping memperlekehkan institusi diraja. Baginda bertitah, pelbagai perkara yang berlaku di negara ini akhir-akhir ini seolah-olah menggambarkan wujudnya golongan yang mahu menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan yang telah terbina sekian lama di […]

Jakim lulus 10,186 sijil halal sehingga Mac lepas

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meluluskan sebanyak 10,186 permohonan syarikat tempatan bagi pensijilan halal Malaysia sehingga Mac lalu. Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, terdapat peningkatan permohonan sekurang-kurangnya 10 peratus setiap tahun. “Berdasarkan rekod tiga tahun terakhir ini, permohonan sijil halal telah melebihi 10 peratus tersebut. Jakim […]