Home » Citra Yadim » Cuci Cuci di Surau Saidina Abu Bakar, Lukut

Cuci Cuci di Surau Saidina Abu Bakar, Lukut

PORT DICKSON – Bahagian Khidmat Komuniti & Masyarakat (BKKM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan siri khidmat Cuci Cucinya ke Surau Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A Taman D’Ambang Kota, Lukut di sini.

Ianya mendapat kerjasama daripada Sukarelawan Ar Rahmah Negeri Sembilan dengan diselaraskan oleh En Khairul Nizam Khairudin, selain disertai pelajar Jurusan Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson.

Program pada 30 Mac (Sabtu)  ini dimulakan seawal jam 8 pagi dengan bacaan doa sebelum diadakan sesi tazkirah oleh Ustaz Muzammil Musbah dari YADIM. Para peserta kemudiannya diberikan taklimat mengenai perjalanan program sebelum Pengerusi Surau, En Zulkifli Abd Wahab dan Pengarah BKKM, En Syahrizal Mat menyampaikan ucapan masing masing. Turut diadakan ialah sesi penyampaian cenderamata.

Gotong royong dimulakan pada jam 9.30 pagi sebelum berhenti rehat pada jam 12.30 tengahari. Selepas makan tengah hari dan solat Zohor, gotong royong di sambung semula pada jam 2 petang hingga selesai. Kerja kerja pembersihan meliputi bahagian dalam serta kawasan persekitaran di luar surau.

Sebelum majlis berakhir, BKKM sempat menyampaikan sumbangan barangan kperluan asas kepada lima buah keluarga di kariah surau ini yang memerlukan.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *