Home » Langit Terbuka » Malaysia kutuk tindakan Israel ke atas peserta ‘Great March of return’

Malaysia kutuk tindakan Israel ke atas peserta ‘Great March of return’

Kementerian Luar dalam  satu kenyataan berkata, penggunaan kekerasan secara berterusan oleh Israel ke atas penunjuk perasaan rakyat Palestin yang tidak bersenjata adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima walajupun dengan apa cara sekalipun. - Foto Paliinfo.com

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk tindakan Israel menggunakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan semasa menyertai perhimpunan sempena ulang tahun pertama “Great March of Return” pada 30 Mac.

Kementerian Luar dalam  satu kenyataan berkata, penggunaan kekerasan secara berterusan oleh Israel ke atas penunjuk perasaan rakyat Palestin yang tidak bersenjata adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima walajupun dengan apa cara sekalipun.

“Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya empat orang awam Palestin yang tidak berdoa maut dan lebih 300 yang lain dilaporkan cedera.

“Penggunaan kekerasan adalah tidak wajar dan oleh itu, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa segera bertindak untuk mengelakkan lebih ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi korban,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, tindakan Israel yang langsung tidak menghiraukan laporan dan dapatan “Independent International Commission of Inquiry on the protests in the Occupied Palestinian Territory” yang dikeluarkan bulan lepas jelas membuktikan kedegilan kerajaan Israel. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *