Muslim luar negara dakwa Malaysia negara Islam contoh 

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Islam yang datang dari negara-negara Islam lain mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh ketika ramai orang Melayu kerap menuduh kerajaan ketika ini tidak mendaulatkan Islam. Jelas Perdana Menteri lagi, di mana-mana juga di luar negara terdapat orang Islam yang pandang tinggi Malaysia sebagai negara Islam […]

Kids Zone mudahkan ibu bapa solat Tarawih

IPOH – Pengurusan Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) di sini mengambil pendekatan kreatif apabila menyediakan Zon Kanak-kanak atau Kids Zone bagi memudahkan ibu bapa untuk datang menunaikan solat Tarawih. Zon khas ini membolehkan ibu bapa meninggalkan anak-anak mereka semasa bersolat di bawah pengawasan petugas masjid untuk bermain-main dan tidak berkeliaran. Imam Besar Masjid […]

Konsert Kesenian Islam di Dataran Merdeka, hujung minggu ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengajak orang ramai ke Majlis Berbuka Puasa dan Konsert Kesenian Islam sempena Iftar@Kuala Lumpur 2019 pada Sabtu dan Ahad ini. JKKN dalam kenyataan di sini hari ini berkata, program Iftar@Kuala Lumpur yang diadakan […]

Melaka sasar capai kutip 20 peratus zakat fitrah pada kadar RM14 dari golongan berkemampuan

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka sasar mampu mencapai tahap kutipan 20 peratus zakat fitrah pada kadar RM14.00 daripada golongan berkemampuan di negeri ini. Ketua Menteri Melaka, Adly zahari berkata buat kali pertama Melaka memperkenalkan dua jenis kadar zakat iaitu RM7.00 bagi orang biasa dan RM14.00 bagi mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih berdasarkan harga beras […]

Pelajar tajaan JPA terima anugerah tertinggi Pennsylvania State University

PUTRAJAYA – Seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat. JPA dalam satu kenyataan berkata, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena pada 3 Mei. “Beliau merupakan pelajar […]

Gubal undang-undang kawal iklan komersialisasi agama

PUTRAJAYA – Undang-undang kawalan pengiklanan dan promosi perayaan agama perlu digubal bagi membendung gejala pengkomersialan agama. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, sudah tiba masanya undang-undang seumpama itu diadakan berikutan penularan iklan-iklan barangan yang dipromosi secara agresif sempena musim perayaan. Menurutnya, kaedah promosi sedemikian dilihat telah menenggelamkan roh bulan Ramadan dan […]