Home » Langit Terbuka » Pelajar tajaan JPA terima anugerah tertinggi Pennsylvania State University

Pelajar tajaan JPA terima anugerah tertinggi Pennsylvania State University

Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena pada 3, merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh purata nilai gred kumulatif 4.0. - Foto NSTP

PUTRAJAYA – Seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

JPA dalam satu kenyataan berkata, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena pada 3 Mei.

“Beliau merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh purata nilai gred kumulatiff (PNGK) 4.0,” katanya.

JPA berkata wakil Pennsylvania State University memuji Muhamad Saiful Hakimi atas pencapaian akademiknya, serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.

Muhamad Saiful Hakimi kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University. – FreeMalaysiaToday

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *