100 nelayan Besut disantuni YADIM Terengganu

BESUT – Inisiatif menyantuni golongan yang terkesan dengan musibah Covid-19 di Terengganu diteruskan di daerah ini pada 25 Jun oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Program ini yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Terengganu Utara menyaksikan seramai 100 nelayan menerima sumbangan barangan keperluan harian. Mewakili LKIM dalam program Yadim Peduli: […]

Kedah benarkan ibadah korban

ALOR SETAR – Kedah membenarkan pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha ini dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad, berkata ia termasuk jumlah kehadiran peserta pada satu-satu masa yang tertakluk kepada kesesuaian kawasan dan tempat. “Ia bagi mengelakkan elemen sesak, sempit dan bersembang […]

40 asnaf disantuni di Air Merbo

TANAH MERAH – Usaha menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 di negeri ini diteruskan di Air Merbo di sini. Seramai 30 penduduk dari kalangan asnaf yang memerlukan menerima sumbangan YADIM Kelantan dalam satu majlis di kediaman Ustaz Hasan Che Awang. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lawang ini sebelum ini telah banyak bekerjasama dengan YADIM dalam pelbagai […]

10 orang sembelih, 20 orang melapah

KUCHING – Masjid dan surau yang berhasrat menjalankan ibadat korban sempena Aidiladha ini, perlu membentuk jawatankuasa pengelola dengan hanya 10 orang sahaja dibenar menyembelih dan 20 orang bagi melapah. Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, mereka perlu mendaftar dengan Pejabat Agama Islam Bahagian dan mendapat […]

YADIM, Baitul Sumayyah bantu ibu tunggal Flat Kampung Sungai Koh

MANJUNG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyantuni sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan akibat kesukaran yang berpunca daripada Covid-19, tanpa mengira latar belakang. Pada 24 Jun, bertempat di Flat Kampung Sungai Koh di sini, seramai 30 ibu tunggal dan asnaf yang tinggal di flat berkenaan menerima sumbangan daripada Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM. […]

Daie YADIM sabah dipohon terus dekati masyarakat

KOTA KINABALU – Pegawai Dakwah ( Daie ) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) di seluruh Sabah digesa meneruskan komitmen mendekati dan mendidik masyarakat untuk terus memahami serta mengamalkan Islam yang syumul. “Mereka perlu meyakini bahawa tugas sebagai pendakwah satu tugas yang mulia mewarisi kerja para rasul dan Nabi. “Anda adalah insan terpilih dan […]