Home » Langit Terbuka » Kedah benarkan ibadah korban

Kedah benarkan ibadah korban

Pihak berkuasa agama Kedah memaklumkan, sekiranya proses menyembelih haiwan korban dilakukan di kawasan perumahan, jumlah pengendali atau mereka yang melapah daging perlu diminimumkan. - Foto Tanwir

ALOR SETAR – Kedah membenarkan pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha ini dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad, berkata ia termasuk jumlah kehadiran peserta pada satu-satu masa yang tertakluk kepada kesesuaian kawasan dan tempat.

“Ia bagi mengelakkan elemen sesak, sempit dan bersembang secara dekat. Jika proses menyembelih haiwan korban dilakukan di kawasan perumahan, jumlah pengendali atau mereka yang melapah daging perlu diminimumkan.

“Sebagai contoh, ia mungkin boleh dilaksanakan dengan jumlah minimum lapan orang asalkan menjaga penjarakan sosial,” katanya ketika dihubungi, pada 25 Jun.

Mengulas lanjut, Najmi berkata, pengagihan daging korban kepada peserta dan fakir miskin juga boleh dilakukan bersama penjarakan sosial.

Namun setakat ini, beliau menjelaskan, sebarang bentuk majlis jamuan dan kenduri adalah tidak dibenarkan.

“Berhubung soal majlis jamuan di rumah individu yang melakukan ibadah korban pula, kita akan bincangkan semula nanti. Buat masa ini, ia masih tidak dibenarkan.

“Semua tertakluk kepada SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK),” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *