Home » Citra Yadim » 40 asnaf disantuni di Air Merbo

40 asnaf disantuni di Air Merbo

TANAH MERAH – Usaha menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 di negeri ini diteruskan di Air Merbo di sini.

Seramai 30 penduduk dari kalangan asnaf yang memerlukan menerima sumbangan YADIM Kelantan dalam satu majlis di kediaman Ustaz Hasan Che Awang.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lawang ini sebelum ini telah banyak bekerjasama dengan YADIM dalam pelbagai program berbentuk kesukarelawanan.

Selesai majlis di kediaman Hasan, delegasi YADIM berkunjung ke 10 buah rumah di kawasan ini bagi menyampaikan bantuan.

Kesemua mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai.

YADIM diwakili oleh Pengarah Kelantan,Mejar (B) Zaidi Abd Halim dalam program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *