Home » Citra Yadim » Daie YADIM sabah dipohon terus dekati masyarakat

Daie YADIM sabah dipohon terus dekati masyarakat

KOTA KINABALU – Pegawai Dakwah ( Daie ) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) di seluruh Sabah digesa meneruskan komitmen mendekati dan mendidik masyarakat untuk terus memahami serta mengamalkan Islam yang syumul.

“Mereka perlu meyakini bahawa tugas sebagai pendakwah satu tugas yang mulia mewarisi kerja para rasul dan Nabi.

“Anda adalah insan terpilih dan Allah telah memilih anda berada di jalan ini, memikul amanah ini,” demikian ditegaskan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( JHEAINS ) Datuk Saiful Zaman Sangul, semasa berucap menangguhkan Permukiman Daie YADIM Negeri Sabah di sini.

“Saya harap anda semua melaksanakan pendekatan dakwah yang lebih kreatif dan inovatif serta tidak terikat dengan kaedah dakwah konvensional. Dekati masyarakat dengan menyertai mereka melaksanakan kerja kerja mereka seharian, tonjolkan keindahan Islam melalui akhlak mulia yang boleh dicontohi atau diteladani, “ tambah Saiful Zaman.

Bengkel sehari itu turut diisi dengan ucaptama oleh Mufti Sabah Sahibus Samahah Datuk Bungsu Aziz Jaafar, Tahsin Al Quran serta bimbingan menyampaikan khutbah oleh Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Suhaidi Kuanting Al Hafiz.

Turut diadakan ialah taklimat prosedur kesihatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan  oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Promosi  Kesihatan Jabatan Kesihatan Sabah, Abd Razak Mohd Noh.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki dan Daie YADIM dari seluruh Sabah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *