Home » Citra Yadim » YADIM, Baitul Sumayyah bantu ibu tunggal Flat Kampung Sungai Koh

YADIM, Baitul Sumayyah bantu ibu tunggal Flat Kampung Sungai Koh

MANJUNG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyantuni sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan akibat kesukaran yang berpunca daripada Covid-19, tanpa mengira latar belakang.

Pada 24 Jun, bertempat di Flat Kampung Sungai Koh di sini, seramai 30 ibu tunggal dan asnaf yang tinggal di flat berkenaan menerima sumbangan daripada Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM.

Ini termasuklah 4 warga bukan Muslim yang sama disantuni badan dakwah ini bagi meringankan beban mereka.

Kesemua mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Baitul Sumayyah.

Dalam program ini, YADIM diwakili oleh Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Salasiah Mohamed Arshad serta pegawai bahagian itu manakala Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Baitul Sumayyah oleh Pengerusinya, Azzita Aziz.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *