Home » Citra Yadim » 100 nelayan Besut disantuni YADIM Terengganu

100 nelayan Besut disantuni YADIM Terengganu

BESUT – Inisiatif menyantuni golongan yang terkesan dengan musibah Covid-19 di Terengganu diteruskan di daerah ini pada 25 Jun oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu.

Program ini yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Terengganu Utara menyaksikan seramai 100 nelayan menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Mewakili LKIM dalam program Yadim Peduli: Ziarah Prihatin ini ialah Timbalan Pengarah 2 LKIM Terengganu Saudi Yusof manakala YADIM pula oleh Pengarah negeri, Mahadi Awang.

Sebagai gimik program, Mahadi telah menyampaikan sumbangan kepada lima ahli LKIM kawasan berkenaan, sebelum delegasi YADIM melakukan ziarah ke lima buah rumah nelayan yang dikenalpasti sebagai asnaf yang memerlukan.

Saudi ketika ditemui berharap kerjasama antara pihaknya dengan YADIM akan berterusan, selain mengucapkan terima kasih atas bantuan yang disalurkan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Besut, Tengku Harun Tengku Ismail berkata, terdapat hampir 1,400 nelayan yang aktif di kawsan ini dan majoritinya adalah golongan yang susah.

Justeru katanya, sumbangan yang disalurkan YADIM tepat pada masanya kerana jelas beliau, walaupun ini nelayan kini boleh kembali turun ke laut, namun keadaan ekonomi mereka masih sukar.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *