Home » Citra Yadim » Ziarah mangsa kebakaran di Sering, Pengkalan Chepa.

Ziarah mangsa kebakaran di Sering, Pengkalan Chepa.

SERING – Pada 11 Jun lalu sekitar jam 7.40 malam, sebuah kediaman di Kampung Senang di sini musnah terbakar, dipercayai akibat litar pintas.

Kejadian malang itu mengakibatkan Wan Mohd Daud Wan Sulong dan sembilan lagi ahli keluarganya kini terpaksa tinggal berhimpit di dapur kediamannya, memandangkan hanya itu sahaja bahagian rumahnya yang tidak musnah dalam kejadian itu.

Prihatin dengan nasib warga ema situ, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menziarahi kediaman mangsa pada 29 Jun serta menyampaikan sedikit sumbangan.

Sumbangan disampaikan kepada isteri Wan Mohd Daud oleh Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Abd Halim.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *