Home » Citra Yadim » 98 asnaf,orang Asli terima manfaat Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan

98 asnaf,orang Asli terima manfaat Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Seramai 98 keluarga asnaf dan Orang Asli menerima manfaat daripada program Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan yang berakhir pada 28 Jun.

Program dengan konsep jelajah itu menyantuni dua golongan tersebut yang sebelum ini terkesan dengan Covid-19 yang melanda negara.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan yang menganjurkan program tersebut, telah bekerjasama dengan beberapa pihak seperti pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kelab Sains dan Inovasi Port Dickson (KSIPD), Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Negeri Sembilan dan sebuah badan bukan kerajaan, MyFundAction bagi menjayakan program dua hari ini.

Antara lokasi yang dijelajahi bagi menyampaikan sumbangan ialah di Lukut, Ampangan Rembau, Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah.

Kesemua penerima menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban keluarga mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pertang, Yang Berhormat Nor Azmi Yusuf yang terlibat sama dalam program ini mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua agensi menjayakan program ini selain mengaku alukan sekiranya ianya diadakan lagi pada masa akan datang.

Beliau turut menyumbang sebanyak RM2,000 untuk program menyantuni Orang Asli yang dijadual pada Ogos ini.

Dalam pada itu, antara tonggak yang terlibat menjayakan program ini ialah Ketua SAR KSIPD, Khairul Nizam Khairuddin selain Ustaz Hassanal Haris selaku Penyelaras YADIM Negeri Sembilan dan dibantu oleh Muhammad Muzzammil serta Ustaz Arif Adzwan dari Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *