Is’adul Al Usrah Guru KAFA Jengka 11

JENGKA – Is’ad Al Usrah adalah satu inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM bagi membantu golongan yang memerlukan membaik pulih rumah. Terbaharu untuk negeri Pahang, ia dilaksanakan di Jengka 11 di sini, menyantuni seorang guru KAFA, Siti Khamsiah Ma’had. Sebanyak RM11,500 diperuntukkan bagi membina 3 bilik tambahan, kerja pemasangan atap serta baik pulih tandas dan […]

Musa’adah Covid-19 DUN Tambun Tulang

ARAU – “Diharap program Musa’adah ini bukan sekadar pemberian material semata-mata, tetapi pada masa yang sama, mengeratkan hubungan antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan penerima dan komuniti setempat,”. Menerusi hubungan baik itu nanti, boleh kita adakan lebih banyak program dakwah di kawasan ini,”ujar Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dalam program Musa’adah Covid-19 DUN […]

YADIM Peduli dan Misi Prihatin MOF santuni tiga beradik OKU

ARAU – Usaha baik yang dijalankan dengan niat ikhlas, pasti akan disambut dan mendapat perhatian ramai. Inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyantuni tiga beradik Orang Kelainan Upaya Penglihatan di sini sebelum ini, mendapat reaksi pelbagai pihak, yang tampil menghulurkan bantuan kepada mereka. Terbaharu, mendapat maklumat daripada program YADIM itu,  Kementerian Kewangan Malaysia menerusi program […]

Kerjasama ikhlas.com – YADIM Pulau Pinang santuni komuniti Permatang Janggus

PENANTI – Pada 19 Mac, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah membantu menyelaraskan pemberian sumbangan daripada ikhlas.com sebuah entiti di bawah Air Asia. Seramai 100 penerima yang terdiri daripada anak qaryah Masjid Permatang Janggus, asnaf sekitar Penanti dan Permatang Pasir menerima barangan keperluan harian dan barangan basah seperti ikan dan ayam. Mereka turut […]

Ziarah YDP YADIM ke atas pengasas Maahad Tahfiz As Solehah

ALOR SETAR – Dalam perjalanan ke Kangar untuk program pada 20 Mac, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan sempat meluangkan masa menziarahi mudir sebuah sekolah tahfiz di sini. Bersama Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, beliau menziarahi Al Fadhil Ustaz Mohamad@Fauzi Husin di kediamannya di Maahad As Solehah, […]