Home » Citra Yadim » YADIM Peduli dan Misi Prihatin MOF santuni tiga beradik OKU

YADIM Peduli dan Misi Prihatin MOF santuni tiga beradik OKU

ARAU – Usaha baik yang dijalankan dengan niat ikhlas, pasti akan disambut dan mendapat perhatian ramai.

Inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyantuni tiga beradik Orang Kelainan Upaya Penglihatan di sini sebelum ini, mendapat reaksi pelbagai pihak, yang tampil menghulurkan bantuan kepada mereka.

Terbaharu, mendapat maklumat daripada program YADIM itu,  Kementerian Kewangan Malaysia menerusi program Misi Prihatin MOF menyampaikan bantuan kepada tiga beradik tersebut, Che Zainah Ibrahim dan dua kakaknya, Halijah,  dan Che Manai pada 20 Mac.

Hadir sendiri menyampaikan sumbangan tersebut  ialah Menteri Kewangan, Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta wakil wakil agensi kerajaan negeri.

Ketika ditemui pada majlis ini, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul  merakamkan penghargaan atas Program YADIM Peduli ini yang diadakan secara kerjasama dengan pihaknya.

Beliau juga tidak menolak untuk bekerjasama lagi dengan YADIM pada masa akan datang.

Dalam pada itu, untuk kediaman  tiga beradik ini, YADIM melaksanakan program Is’adul Usrah menambah bahagian hadapan rumah.

YADIM turut menyumbang sedikit wang tunai kepada lima lagi OKU yang dijemput hadir ke majlis ini.

Secara keseluruhan, tiga beradik ini menerima sumbangan bernilai RM16,000 dalam bentuk wang tunai, pembaikan dan peralatan rumah pada 20 Mac.

Pada 27 Februari lalu, dalam salah satu pengisian lawatan kerja ke negeri ini, YADIM telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada tiga beradik ini bagi meringankan beban mereka.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *