Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 DUN Tambun Tulang

Musa’adah Covid-19 DUN Tambun Tulang

ARAU – “Diharap program Musa’adah ini bukan sekadar pemberian material semata-mata, tetapi pada masa yang sama, mengeratkan hubungan antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan penerima dan komuniti setempat,”.

Menerusi hubungan baik itu nanti, boleh kita adakan lebih banyak program dakwah di kawasan ini,”ujar Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dalam program Musa’adah Covid-19 DUN Tambun Tulang di sini pada 20 Mac.

Seramai 10 keluarga asnaf yang memerlukan disantuni dengan pemberian barangan keperluan harian dalam program ini.

Turut diadakan ialah pameran gejala dadah kepada mereka yang hadir ke program ini.

Wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Perlis Selatan, Iezaidee Matun Sulaiman Ibrahim pula menyampaikan ceramah ringkas mengenai bahaya najis dadah kepada peserta program.

Ustaz Nasrudin menyampaikan sumbangan kepada para penerima. Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Sanji, Yang Berhormat Mohd Ridzuan Hashim,
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Perlis, Hafsah Hussain.

Sejurus selesai di majlis ini, Ustaz Nasrudin menyertai pertemuan bersama 30 Sukarelawan YADIM dan Rakan Siswa YADIM di pekan Arau.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau berharap agar kedua sayap YADIM ini kekal aktif berbakti kepada masyarakat dan menggerakkan aktiviti dakwah.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *