Home » Citra Yadim » Kerjasama ikhlas.com – YADIM Pulau Pinang santuni komuniti Permatang Janggus

Kerjasama ikhlas.com – YADIM Pulau Pinang santuni komuniti Permatang Janggus

PENANTI – Pada 19 Mac, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah membantu menyelaraskan pemberian sumbangan daripada ikhlas.com sebuah entiti di bawah Air Asia.
Seramai 100 penerima yang terdiri daripada anak qaryah Masjid Permatang Janggus, asnaf sekitar Penanti dan Permatang Pasir menerima barangan keperluan harian dan barangan basah seperti ikan dan ayam.
Mereka turut menerima sumbangan 100 pek penjagaan kebersihan daripada Hospital Pakat KPJ Penang.
Program ini yang berlangsung di Masjid Permatang Janggus, di sini turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Zikri Zulkifli.
Sementara itu, sebelum program sumbangan bermula, turut diadakan sesi Bicara Dakwah oleh YADIM yang disampaikan Ustaz Rosmanizan Rosdi.
Pihak ikhlas.com sebelum majlis bersurai menyatakan hasrat untuk bersama YADIM dalam program berbentuk kebajikan asnaf pada masa akan datang dan berharap kerjasama seperti ini memberikan impak yang baik kepada kesemua pihak.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *