Home » Citra Yadim » Musaadah 3.0 CIMB Islamic Bank – YADIM di Kampung Pulau Penampang

Musaadah 3.0 CIMB Islamic Bank – YADIM di Kampung Pulau Penampang

KOTA KINABALU – Demi kasih pada adiknya yang merupakan Orang Kelainan Upaya, Aishah Melampak sanggup berhenti kerja sebagai tukang cuci di sini demi menjaga mereka.

Meskipun ia memberi kesan kepada ekonomi keluarganya, namun keputusan itu terpaksa diambil.

Pendapatan suaminya sebagai
buruh binaan ternyata tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga ini.

Cakna dengan keluarga berkenaan yang kini mengalami kesulitan, mereka segera dibantu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 23 Jun dengan kerjasama CIMB Islamic Bank.

Sumbangan wang tunai dan bakul makanan itu disampaikan Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki di kediaman Aishah di Kampung Pulau Penampang di sini.

YADIM dan CIMB Islamic sebelum ini telah beberapa kali mengadakan program bersama menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini.


Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *