Home » Citra Yadim » Musa’adah YADIM Johor di Endau

Musa’adah YADIM Johor di Endau

ENDAU – Seramai 16 keluarga di Kampung Semanyir di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 30 Jun dengan kerjasama Surau Al Arif.

Menerusi kerjasama ini, mereka menerima barangan keperluan harian serta dua ekor ayam untuk setiap keluarga.

Tiga daripada keluarga yang disantuni mempunyai ahli yang diserang angin ahmar.

YADIM Johor diwakili pengarahnya, Muhammad Ammar Abdulah, sementara Surau Al Arif pula oleh setiausahanya, Tuan Haji Rosli Salleh. Hadir sama ialah pendakwah bebas terkemauka, Ustaz Yusof Embong.

Program ini adalah sebahagian pengisian untuk Musaádah YADIM 3.0 di negeri ini.

Semoga sedikit sumbangan ini akan dapat membantu meringankan beban mereka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *