Home » Langit Terbuka » Usah jadikan bendera putih isu ganggu usaha kerajaan

Usah jadikan bendera putih isu ganggu usaha kerajaan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam program YADIM Terengganu di Kuala Nerus. - Foto Ihsan Utusan Digital

KUALA NERUS – Kerajaan tidak mahu kempen bendera putih dijadikan isu hingga boleh mengganggu usaha mendekati golongan yang memerlukan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, apa yang lebih mustahak ialah semua pihak perlu mencari kaedah terbaik bagi memastikan setiap bentuk bantuan sampai kepada golongan sasar.

 

Katanya, semua langkah perlu dilakukan untuk melindungi seramai mungkin yang terjebak dengan masalah kemurungan, stres mahu pun emosi tidak stabil.

 

“Saya tidak kata salah atau betul (kibar bendera) tetapi yang mustahak, kita cuba mencari jalan terbaik sama ada melalui berdoa, ikhtiar atau kaunseling.

 

“Usaha ini juga melibatkan agamawan serta kaunselor dengan cara masing-masing dan kita akan membantu masyarakat yang tidak stabil emosi di samping jiwa,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di sini.

 

Terdahulu, Zulkifli menyerahkan 200 pek bantuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim.

 

Kempen mengibarkan bendera putih jika terputus bekalan makanan mendapat sambutan hangat di media sosial sejak kelmarin.

 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan 160 kaunselor bagi membantu orang ramai mengatasi isu kemurungan dan stres melampau ketika ini. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *