Home » Citra Yadim » Free market untuk penduduk Taman Ampangan

Free market untuk penduduk Taman Ampangan

SEREMBAN – Selepas Tanjung Dahan, Melaka, free market anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diadakan pula di Surau Musa’bul Khair, Taman Ampangan di sini.

Dengan kerjasama penduduk tempatan dan rakan rakan badan bukan kerajaan, ia membantu mereka yang memerlukan dengan pemberian sayuran dan lain lain  barangan dapur setiap Jumaat atau Ahad secara percuma.

Ia dibuka bukan saja kepada ahli kariah, tetapi juga untuk penduduk sekitarnya yang berbilang kaum.

Program ini mendapat kerjasama MyFundaction dan Sukarelawan Al Baasith.

Hadir ke program pelancaran di sini pada 6 November ialah Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim, Penyelaras YADIM Negeri Sembilan Ustaz Hassanal Haris, Pengerusi Surau Musa’bul Khair, Mohd Noor Borhan, Pengerusi Sukarelawan Al Baasith ,Khairul Nizam Khairudin dan  Pegawai Perhubungan Awam MyFundaction, Suraiya Jabarudin.

Program ini juga disertai usahawan terkenal yang juga pengasas Awesome Corn Flavoured Milk, Mohammad Safwan Adenan bertujuan menarik perhatian ramai bagi menyertai Sukarelawan YADIM.

Dalam program ini, seramai 40 asnaf dari kalangan ahli kariah surau menerima sumbangan sayuran dan bahan basah dan kit makanan daripada MyFundaction.



Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *