Home » Citra Yadim » Pelancaran Sukarelawan YADIM Betong, sumbangan di Kampung Tuie

Pelancaran Sukarelawan YADIM Betong, sumbangan di Kampung Tuie

BETONG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) melebarkan sayapnya ke kawasan ini pula. Majlis pelancaran ini merupakan program keempat dalam Kembara MahabahYADIM Sarawak.

YADIM diwakili oleh pegawainya, Zamri Bali. Membacakan teks ucapan Pengarah YADIM Negeri Sarawak , Zamri berkata pihaknya bersetuju mempertimbangkan permohonan program sukan seperti yang dipohon untuk dijadikan  projek pertama Sukarelawan Yadim Betong dengan penglibatan dari semua badan bukan kerajaan Islam di seluruh Bahagian Betong. 

Sukarelawan YADIM Debak juga boleh merancang beberapa program untuk tahun hadapan sebagai aktiviti utama untuk dicadangkan kepada YADIM.

 Beliau juga sangat mengalu-alukan sekiranya Sukarelawan YADIM Debak dapat mengembangkan lagi rangkaian sukarelawan ke seluruh Bahagian Betong.

Sementara itu, di dalam ucapan perasmian program tersebut, Pegawai Tadbir Sarawak Debak,  Nazari Bujang melahirkan rasa kesyukuran kepada rombongan Kembara Mahabbah diatas penganjuran program ini. 

Beliau sangat mengalu-alukan lebih banyak lagi program Dakwah dan program susulan untuk saudara kita dapat dianjurkan di kawasan Betong khususnya di Kampung Debak. 

Hadir sama ke program ini ialah Temenggong Melayu Bahagian Betong, Tuan Haji Piee Alwi, Ketua Kampung Melayu Debak, Penghulu Abg Kifrawi  Abg Rukaili, Ketua Muallaf Debak, Haji Umar Abdullah, Penasihat Kelab Belia Pekan Debak, Saiful Hanizam dan Presiden Kelab Belia Debak, Abg Mohd Amirul Afaeq Dahlan.

Dalam pada itu, turut diadakan majlis ringkas sumbangan barangan keperluan kepada mualaf dan asnaf. PERKIM Bahagian Negeri Sarawak dan Pertubuhan Musa’ad Deen Kuching juga terlibat menyumbangkan makanan untuk acara ini.

Selesai Majlis Pelancaran Sukarelawan YADIM Betong, YADIM Sarawak meneruskan lagi misi Kembara Mahabbah ini ke Kampung Tuie, Betong. Perjalanan dari pekan Debak ke Kampung Tuie mengambil masa selama 40 minit. 

Bilangan ahli dan kenderaan bagi kembara ini juga bertambah berikutan turut  disertai oleh Borneo Triton Club Debak dan Sibu. 

Sebanyak 12 kenderaan pacuan 4 roda menyertai konvoi ke perkampungan tersebut. Setibanya di sana, rombongan disambut oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Ar Rayyan Kampung Tuie. 

Sebanyak 80 pek makanan asas disampaikan kepada wakil Kampung Tuie, Kampung Mangut, Kampung Bungin dan Kampung Supa kemudiannya.

Sumbangan ini adalah daripada PERKIM Bahagian Sarawak dan Pertubuhan Kebajikan Musa’ad Deen, Kuching khusus buat  golongan mualaf dan asnaf di kampung ini.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *