Home » Citra Yadim » Kem Ibadah SAY Kuala Langat bersama anak-anak yatim

Kem Ibadah SAY Kuala Langat bersama anak-anak yatim

SIJANGKANG – Sempena Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat bersama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang telah mengadakan program Motivasi dan Kem Ibadah.

Program dua hari satu malam ini berlangsung pada 20 hingga 21 November.

Antara pengisian program ini termasuklah tazkirah serta sesi pengajian fardhu ain dan fardhu kifayah selain kelas solat.

Turut diadakan ialah sesi Qiamulail dan solat berjemaah.

Tenaga pengajarnya bagi kem ini ialah pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Ustaz Mohd Zaidi Abdullah.

SAY Kuala Langat diwakili oleh Pengerusinya Hasmawi Mahidin serta ahli jawatankuasanya dalam program ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pertubuhan Rumah Anak-Anak yYatim Sijangkang, Haji Asrin Ishak serta barisan ahli jawatankuasanya yang menyelaras anak-anak yatim ini.

Haji Asrin turut menyampaikan sijil penyertaan kepada anak anak yatim ini pada sesi penutup.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *