Home » Citra Yadim » Tajaan rehal, bar emas meriahkan pentas akhir ADMY

Tajaan rehal, bar emas meriahkan pentas akhir ADMY

PUTRAJAYA – Pentas akhir Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 5 Mac menerima tajaan rehal, bar emas, wang tunai dan barangan kesihatan pada 1 Mac.

Dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat YADIM di sini, Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur) menyampaikan tajaan satu bar emas seberat enam gram serta lima bar emas satu gram manakala syarikat peneraju rehal moden eksklusif, D’Rehal menaja satu Rehal Diraja Emas, enam Rehal Diraja Perak dan Satu Rehal Prisma Eksklusif.

Tajaan disampaikan oleh Pengurus Pemasaran Ko-Makmur, Abdul Wafa Mohd Amadzun dan Pengurus Besar D’Rehal, Muadz Mohd Isa kepada Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Muadz ketika ditemui selepas penyampaian tajaan berkata, pihaknya tertarik untuk menaja pentas final ADMY kerana keunikan program ini.

Ujarnya, ketika menonton episod pertama program pihaknya merasa rugi sekiranya melepaskan peluang untuk menaja ADMY kerana pengisiannya yang unik dan menarik.

Sementara itu, pentas akhir ADMY juga menerima tajaan daripada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan yang menaja Anugerah Kompetensi untuk peserta peringkat akhir serta Yayasan Islam Darul Ehsan yang menaja pakej umrah untuk pemenang Anugerah Perdana kelak

Secara keseluruhan, program ADMY musim ketiga ini menerima tajaan daripada 13 pihak bernilai RM113,000 yang membantu menyediakan pelbagai persediaan untuk para peserta dan perjalanan program.

Selain penaja pentas final, lain lain pihak yang berbesar hati terlibat sama ialah Halagel (M) Sdn Bhd (hamper dan barangan kesaihatan), Serantau Muslim (tajaan program kebajikan dan kemasyarakatan lapangan), Syarikat Faiza Sdn Bhd (produk bagi sumbangan program lapangan), Syarikat Hasnuri Sdn Bhd (pakaian pelatih), D’mensi Appreal HQ (pakaian pelatih) dan Hijanah Haul (pakaian pelatih).

 

Turut menaja ialah Rezhan Customz (jersi), Sun Century (baju korporat) dan Kopi Juweh HQ (kurta).

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *