Home » Citra Yadim » 28 set bahan bacaan untuk SASMEC, PIMPIN UMP

28 set bahan bacaan untuk SASMEC, PIMPIN UMP

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 30 Ogos telah menyampaikan 20 set buku, majalah dan pamplet kepada Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM (SASMEC) untuk diletakkan di sudut bacaan setiap wad dan pejabat SASMEC.

Sebanyak 6 set pula disumbangkan untuk sudut bacaan enam Kulliyyah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Kampus Kuantan serta 2 set lagi kepada Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Ia disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok kepada Pegawai Syariah Unit Pematuhan Syariah SASMEC, Ustaz Abdul Rahman Al-Azmi, dan kepada Timbalan Dekan Pascasiswazah, Penyelidikan dan Inovasi, Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu, Profesor Madya Dr Muhammad Ibrahim.

Sementara PIMPIN UMP pula diserahkan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Md Abdu Sahak.

Setiap set sumbangan tersebut berisi 3 buah buku tulisan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 7 buah siri majalah Al-Bayan terbitan pejabat beliau bserta pamplet terbitan YADIM.

Sementara untuk Kulliyyah IIUM dan PIMPIN UMP pula juga disertakan tambahan sebuah buku Hamba Terpilih terbitan YADIM tulisan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya.

Tiga buah buku tulisan Datuk Dr Zulkifli itu bertajuk Hari-Hari Tarbiah Dalam Hidupku, Inilah Doaku dan Covid19 Fiqh : Q&A. Sementara 7 siri majalah Al-Bayan tersebut membahaskan topik :

1. Penjarakkan Sosial Semasa Solat Berjemaah

2. Kartel Daging Haram dan Hukum Berkaitan

3. Pengisytiharan Darurat Menurut Siasah Syariyyah

4. Palestin Kemenangan Yang Dinantikan

5. Takut Allah atau Takut Covid19?

6. Pemerdagangan Manusia

7. Jangan Berputus Asa

Sumbangan ini adalah antara pengisian Program Bulan Kemenangan YADIM bersempena sambutan Maal Hijrah dan Bulan Kemerdekaan Malaysia.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *