Home » Langit Terbuka » 30 juta meter padu air diguna musim haji

30 juta meter padu air diguna musim haji

MEKAH 6 Sept. – Kira-kira 30 juta meter padu air bersih digunakan di Mekah dan Madinah semasa musim haji tahun ini.

Menurut Menteri Alam Sekitar, Air dan Pertanian, Abdul Rahman Al-Fadli, sebanyak 1.5 juta guni tepung juga digunakan iaitu meningkat 17 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Kira-kira 850 meter padu air bersih dipam setiap hari ke Mekah dan Madinah sejak musim haji yang bermula pada 24 Julai lalu,” katanya yang dilaporkan portal Arab News.

Selain itu, kira-kira 800,000 guni tepung disimpan sebagai persediaan jika berlaku ke­ku­rangan pengeluaran roti.

Abdul Rahman berkata, air yang dipam pada musim haji tahun ini adalah 21 peratus lebih banyak berbanding tahun lalu selain 10 juta meter padu air bersih akan dipam untuk bekalan beberapa hari ini.

Seramai 3,500 kakitangan daripada kementeriannya ditugaskan untuk memantau pengagihan air berkenaan.

Kata beliau, doktor haiwan juga bertugas memeriksa dua juta ekor biri-biri dan lembu sebelum haiwan itu memasuki kedua-dua kota suci berkenaan.

Pada masa sama, sejumlah besar unta turut diperiksa bagi memastikan haiwan itu bebas Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV). – www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *