Home » Langit Terbuka » 30 keluarga miskin terima sumbangan MAIM

30 keluarga miskin terima sumbangan MAIM

Yang Dipertua YADIM (dua dari kiri) beramah mesra dengan penduduk dalam kunjungannya ke Besut.

BESUT – Sebanyak 30 keluarga miskin dan asnaf di perkampungan nelayan Pulau Perhentian menerima sumbangan daripada Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) hari ini (18 Mei).

Sumbangan disampaikan sempena program Kembara Rahmah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sambil menyantuni penduduk miskin dan asnaf di pulau tersebut.

MAIM merupakan gabungan kepada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Terengganu yang menjalankan program dan aktiviti bersifat kebajikan, sosial dan pendidikan.

Program turut dijayakan oleh We Care Besut, Persatuan Anak Kelantan dan Terengganu (Pakat) dan Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan).

Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Abdul Aziz bersama isteri, Kamaliah Yusuf menyampaikan sumbangan tersebut yang turut dihadiri oleh Pengarah Yadim Terengganu, Mahadi Awang.

Nik Omar akan turut sama berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih bersama penduduk. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *